TERUSKAN MEMBACA REVIEW-REVIEW FILEM DARI SAYA!

REVIEW FILEM : POLIS EVO


Filem Polis Evo dibawah arahan Ghaz Abu Bakar, yang dibintangi oleh pelakon yang semakin terkenal iaitu Zizan Razak, Shahiezy Sam dan Harun Salim Bachik. Pengarah, Ghaz memang serba boleh.  Ghaz berjaya menaikkan nama Zizan. Di tangan pengarah ini, Zizan memang luar dari kotak. Super lawak dan super serius dalam lakonan, senang cerita tak ada pengarah lain yang mampu "tambat" Zizan melainkan Ghaz. Kalau saya katakan filem ini ialah filem kedua selepas Tokan yang membuatkan nama Zizan lebih dikenali.

Bagi kita yang sejak kecil di didik dan di besarkan dengan filem-filem aksi Hollywood lewat James Bond, Mission Impossible mahu pun Fast and Furious, tidak suka untuk berasa terhibur dengan Polis Evo. Polis Evo memiliki kebanyakkan elemen hiburan yang telah di tetapkan oleh sekolah perfileman Hollywood - adegan polis mengejar penjahat berbalas tembakan, kereta meletup, pergaduhan, komedi - selain elemen cinta (yang diringankan dalam filem ini)

Malah tidak suka mencari filem yang seiras dengan Polis Evo dari Hollywood. Ia barangkali ada dalam filem-filem seperti Beverly Hills Copatau American Gangster. Polis Evo mereplikasikan elemen ini dengan sangat baik dalam latar Malaysia ditambah dengan latar tempatan seperti penggunaan loghat Terengganu, watak gangster tempatan dan sedikit memaparkan budaya melayu - Islam dalam beberapa babak.

Justeru adakah Polis Evo layak diperikan sebagai filem yang berwajah Malaysia?

Apa pun. semua itu tidak menolak kenyataan bahawa filem ini di bikin dengan cukup baik dan teliti oleh pengarahnya, Ghaz Abu Bakar yang sebelum ini pernah mengarah Hantu Kapcai dan Suami Aku Ustaz. 


Adegan dalam Polis Evo disusun dengan logik tanpa kencendurangan membodohkan penonton seperti lazim dilakukan filem lain di Malaysia. Sebagai contoh, dalam babak dimana Inspektor Sani (Zizan Razak) menumbuk-numbuk dinding hospital lantaran marah apabila mengetahui adiknya diculik penjahat. Perlakuan itu disedari dan diperhatikan oleh salah seorang jururawat yang tidak setuju dengan perbuatan tersebut tetapi dia tidak berani melarang. Babak sebegini walaupun kecil, ia memberi signifikan dan menghormati intelek penonton terhadap isu "takkan tak ada orang tegur polis buat begitu di hospital?" Begitu juga dalam babaj Inspektor Sani dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam) melawat Maya (Mimie Ernida) yang baru sedar dari pengsan. Bekas jerutan di leher Maya akibat pergelutan dengan Jimbo beberapa hari sebelum masih kelihatan - satu lagi logik yang tidak dipandang oleh Ghaz.

Menghormati penonton adalah satu sifat jujur pengarah yang jarang ada dalam filem tempatan kini dan ia sangat dihargai. Pengarah tidak boleh sambelewa berbbuat itu ini dan berharap penonton sama ada cukup bodoh untuk tidak menyedarinya atau memaafkan sahaja kesilapan tersebut. Selain itu, filem kepolisan yang dibawa Ghaz juga lari kerangka yang telah dibina Datuk Yusuf Haslam dan Skop Productions - satu kesegaran yang melegakan.

REVIEW FILEM: THE JOURNEY

Tiket The Journey 2014 Malaysia


Filem The Journey sebuah filem Kantonis yang diterbitkan oleh orang Malaysia. Chiu Keng Guan yang mengarahkan filem ini yang diterbitkan oleh Astro Shaw.

Ceritanya simple tapi ia mengutip sebanyak RM15.18 juta. Filem yang di tayangkan pada hari Tahun Baru Cina pada 30 Januari lalu mengisahkan Uncle Chuan (Frankie Lee) seorang bapa yang konservatif. Apabila anaknya, Bee (Joanne Yew) membawa tunangnya dari England Benji (Ben Pfeiffer), Uncle Chuan enggan merestuinya. Dengan latar belakang budaya dan bahasa yang berbeza di antara Benji dengan Bee, Uncle Chuan fikir sesuatu kena di buat dengan segera. Uncle Chuan segan bersetuju mereka kahwin dengan syarat ia di adakan secara tradisi. Benji bersetuju menghantar Uncle Chuan dengan motorsikalnya ke rumah kawan-kawannya di Pulau Pinang, menghantar kad jemputan. Ketika inilah mereka mula mengenali di antara satu sama lain. Mereka menyewa hotel murah yang ada pelacur. Apabila polis buat serbuan, Uncle Chuan ditangkap kerana dituduh turut melanggan pelacur. Filem ini penuh dengan kelucuan kerana Ben tidak dapat berkomunikasi dengan Uncle Chuan.

Filem ini berjaya bukan kerana adegan aksi atau kisah cinta yang meleret seperti filem Melayu, tetapi ia adalah kerana menimbulkan tema kasih sayang. Pada hari filem ini ditayangkan ia mengutip RM2.2 juta. Ia merupakan filem Cina tempatan yang mengatasi filem Ah Beng: Three Wishes (RM7.6 juta).Pada 16 Februari, ia merupakan filem Cina tempatan yang pertama mendapat kutipan RM10 juta kurang RM200,000 daripada kutipan filem Ombak Rindu.Pada 23 Februari, The Journey mengatasi rekod KL Gangster RM11.74 juta apabila mengutip RM12.92 juta, Pada 2 Mac, ia sudah mengutip RM15.18 juta. Penggambaran filem ini dibuat di Cameron Highlands, Penang, Pulau Aur, Johor, Kuala Lumpur, Baling, Ipoh dan Johor Bharu.

Kenapa filem ini berjaya walaupun ceritanya simple? Ia adalah kerana sokongan kaum Cina terhadap filem dalam bahasa Cina. Ini berbeza dengan orang Melayu yang tidak menyokong filem Melayu. Sebab itu filem sebegini jika dibuat dalam bahasa Melayu, ia akan gagal di box office.
Sebaliknya minda orang Melayu hanya sukakan filem seram, filem komidi dan filem aksi. Kalau filem Melayu secara serius seperti The Journey ditayangkan, ia tidak akan dapat RM15 juta sebaliknya tidak balik modal.

Bajet filem ini (RM3 juta) lebih besar dari filem Melayu yang biasa menelan belanja sebanyak RM1.5 juta. Penerbit filem Melayu tidak berani melabur besar seperti ini kerana bimbang tidak balik modal. Justru itu orang Melayu kena ubah sikap menyokong filem Melayu kalau tidak lebih banyak lagi filem Cina tempatan akan meletup di box office tidak lama lagi.

Terdapat juga enam perkara yang menarik yang saya dapati dari filem ini, yang turut saya peroleh dari blog-blog orang ramai.  
  1. Cinematorgraphy yang sangat menarik. Cameron Highland sangat-sangat cantik dengan keindahan dan kehijuan ladang teh.
  2. Lokasi penggambaran yang cantik seperti sekolah lama di dalam filem ini sungguh kelihatan antik
  3. Budaya masyarakat cina yang ditonjolkan di dalam filem ini banyak antaranya yang orang lain tidak tahu seperti bapa pengantin perempuan dan bakal menantu mesti menghantar kad jemputan perkahwinan ber-sama kepada rakan rakan sekolah bapa pengantin perempuan.
  4. Memberi kepala ayam kepada bakal bapa mertua semasa makan malam Tahun Baru Cina adalah tanda tidak baik.
  5. Lagu The Better Half di dalam filem ini dinyanyian sendiri oleh hero filem ini, Ben Andrew Pfeifer yang berasal dari Australia.
  6. Kebanyakkan pelakon didalam filem ini bukan profesional. Mereka adalah orang biasa yang di temui di audition dan di ambil berlakon. Watak bapa Ah Bee yang sangat garag itu merupakan lakonan pertama beliau.
Tahniah kepada Chiu Keng Guan. Saya berharap selepas ini beliau akan muncul dengan filem baru.