TERUSKAN MEMBACA REVIEW-REVIEW FILEM DARI SAYA!

REVIEW FILEM : POLIS EVO


Filem Polis Evo dibawah arahan Ghaz Abu Bakar, yang dibintangi oleh pelakon yang semakin terkenal iaitu Zizan Razak, Shahiezy Sam dan Harun Salim Bachik. Pengarah, Ghaz memang serba boleh.  Ghaz berjaya menaikkan nama Zizan. Di tangan pengarah ini, Zizan memang luar dari kotak. Super lawak dan super serius dalam lakonan, senang cerita tak ada pengarah lain yang mampu "tambat" Zizan melainkan Ghaz. Kalau saya katakan filem ini ialah filem kedua selepas Tokan yang membuatkan nama Zizan lebih dikenali.

Bagi kita yang sejak kecil di didik dan di besarkan dengan filem-filem aksi Hollywood lewat James Bond, Mission Impossible mahu pun Fast and Furious, tidak suka untuk berasa terhibur dengan Polis Evo. Polis Evo memiliki kebanyakkan elemen hiburan yang telah di tetapkan oleh sekolah perfileman Hollywood - adegan polis mengejar penjahat berbalas tembakan, kereta meletup, pergaduhan, komedi - selain elemen cinta (yang diringankan dalam filem ini)

Malah tidak suka mencari filem yang seiras dengan Polis Evo dari Hollywood. Ia barangkali ada dalam filem-filem seperti Beverly Hills Copatau American Gangster. Polis Evo mereplikasikan elemen ini dengan sangat baik dalam latar Malaysia ditambah dengan latar tempatan seperti penggunaan loghat Terengganu, watak gangster tempatan dan sedikit memaparkan budaya melayu - Islam dalam beberapa babak.

Justeru adakah Polis Evo layak diperikan sebagai filem yang berwajah Malaysia?

Apa pun. semua itu tidak menolak kenyataan bahawa filem ini di bikin dengan cukup baik dan teliti oleh pengarahnya, Ghaz Abu Bakar yang sebelum ini pernah mengarah Hantu Kapcai dan Suami Aku Ustaz. 


Adegan dalam Polis Evo disusun dengan logik tanpa kencendurangan membodohkan penonton seperti lazim dilakukan filem lain di Malaysia. Sebagai contoh, dalam babak dimana Inspektor Sani (Zizan Razak) menumbuk-numbuk dinding hospital lantaran marah apabila mengetahui adiknya diculik penjahat. Perlakuan itu disedari dan diperhatikan oleh salah seorang jururawat yang tidak setuju dengan perbuatan tersebut tetapi dia tidak berani melarang. Babak sebegini walaupun kecil, ia memberi signifikan dan menghormati intelek penonton terhadap isu "takkan tak ada orang tegur polis buat begitu di hospital?" Begitu juga dalam babaj Inspektor Sani dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam) melawat Maya (Mimie Ernida) yang baru sedar dari pengsan. Bekas jerutan di leher Maya akibat pergelutan dengan Jimbo beberapa hari sebelum masih kelihatan - satu lagi logik yang tidak dipandang oleh Ghaz.

Menghormati penonton adalah satu sifat jujur pengarah yang jarang ada dalam filem tempatan kini dan ia sangat dihargai. Pengarah tidak boleh sambelewa berbbuat itu ini dan berharap penonton sama ada cukup bodoh untuk tidak menyedarinya atau memaafkan sahaja kesilapan tersebut. Selain itu, filem kepolisan yang dibawa Ghaz juga lari kerangka yang telah dibina Datuk Yusuf Haslam dan Skop Productions - satu kesegaran yang melegakan.